7 Cara Memilih Ikan Segar Yang Perlu Anda Tahu

ikan segar

7 cara memilih ikan segar yang perlu anda tahu. Memang ramai dikalangan kita masih lagi keliru ataupun senang cakap tidak tahu bagaimana untuk memilih ikan sama ada ianya segar ataupun tidak. Kami akan membantu anda bagaimana untuk mengetahuinya:

1.Mata

Lihat pada mata ikan tersebut, jika ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol dan berkilat. Ikan yang dah lama akan kelihatan merah pada matanya.

2.Warna

Kulit berkilat dan warnanya juga cerah berbanding ikan yang dah lama yang kebiasannya kelihatan lebih pucat dan kusam.

3.Bau

Setelah anda lihat mata dan warna, cuba pula cium baunya terlebih dahulu. Segar akan berbau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau sedikit masam seakan akan busuk.

 

Pembekal Ikan Segar

 

4.Tekstur

Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan yang masih segar isinya lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar.

5.Warna Insang

Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna merah gelap kehitaman.

6.Sisik Dan Sirip Kuat

Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap berbanding ikan yang dah lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.

7.Perut Tidak Pecah

Perut ikan segar kebiasaanya tidak pecah, jika anda lihat ianya dah pecah atau terburai dan nampak isi perut itu menandakan ikan itu sudah tidak segar.

 

Baca Juga: Pembekal Ikan Segar Dan Hasilan Laut

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

Owned by Riffiniaga Enterprise 2022, Powered by Digital Kini